12 Pola Dasar
Yang mana Satukah Anda?
Carl Gustav Jung (1875-1961) ialah seorang ahli psikologi dari Switzerland. Beliau mula bekerjasama dengan Sigmund Freud selama hampir 6 tahun bermula pada tahun 1907 untuk menghasilkan dan mengembangkan teori psikoanalitik. Kemudian, teorinya berbeza daripada Freud dan membentuk analisis peribadi Jung dalam teori psikologi. Jung tertarik dengan konsep "kompleks", dan membahagikan keperibadian kepada introversi dan extroversi. Beliau juga membahagikannya kepada kesedaran, ketidaksedaran kolektif dan persendirian. Beliau adalah bekas presiden Kesatuan Psikoanalitikal Antarabangsa, pengerusi Pertubuhan Psikoterapi dan pengasas Institut Psikologi Jung. Beliau meninggal dunia di Switzerland pada 6 Jun 1961. Teori-teori dan pandangan beliau masih memberi pengaruh besar terhadap kajian dalam buidang psikologi hari ini.
Yang manakah antara 12 pola dasar berikut mewakili anda? Cubalah kuiz ini untuk mengetahui hasil keputusan anda!
- Tidak Bersalah402120Yang diburu sepanjang hayat: KebahagiaanBakat: mempunyai kepercayaan dan keazaman yang kuat, berfikiran terbukaPerkara paling ditakuti: Dikritik kerana melakukan sesuatu yang salah.Orang yang memiliki pola dasar tidak bersalah sering dituduh terlalu mudah dan penuh khayalan. Walau bagaimanapun, sikap positif dan gembira mereka sentiasa memberi inspirasi kepada orang-orang disekelilingnya. Mereka sering bekerja keras untuk melihat sisi benar, baik dan indah dunia ini. Tidak kira betapa teruknya situasi, mereka sentiasa menemui garisan emas di sebalik awan.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/1.png
- Yatim213210Yang diburu sepanjang hayat: Rasa kepunyaanBakat: Jujur, pragmatik, realistikPerkara paling ditakuti: Ditinggalkan oleh orang lain dan berhadapan dengan sesuatu bersendirianOrang yang memiliki pola dasar yatim adalah merendah diri, seorang realis yang boleh diharapkan. Sesetengah orang mungkin berfikir yang yatim kadangkala agak negatif. Mereka sentiasa cuba mencari tempat yang dipunyai di dunia. Mereka suka menyertai pelbagai persatuan dan kumpulan yang akan membuatkan mereka rasa lebih berharga dan selamat.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/2.png
- Wira241122Yang diburu sepanjang hayat: Membendung keganasan dan membantu yang lemahBakat: rasa persaingan yang kuat, keberanianPerkara paling ditakuti: Orang lain berfikir bahawa anda lemahInsan perwira suka memastikan tubuh badan mereka kuat dan sangat bertekad. Mereka sentiasa mahu melindungi orang-orang dibawahnya. Jiwa mereka membawa misi yang perlu ditunaikan. Insan perwira sering memburu keadilan dan kesaksamaan sepanjang hidup mereka. Tidak takut kepada kuasa menjadi bukti terbaik bagi keberanian mereka.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/3.png
- Pengasuh402301Yangn diburu sepanjang hayat: Membantu orang lainBakat: Berbelas kasihan, pemurahPerkara paling ditakuti: Dituduh pentingkan diri sendiriPengasuh mempunyai rasa simpati dan belas kasihan yang tinggi dalam hati mereka. Malangnya, orang lain mungkin mengambil kesempatan akan hal ini untuk memuaskan kepentingan diri mereka. Pengasuh mesti memberi lebih perhatian dalam menjaga diri sendiri dan belajar untuk menolak permintaan orang lain yang berniat tidak baik.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/4.png
- Pengembara131012Yang diburu sepanjang hayat: Merasa pengalaman hidupBakat: Setia kepada keinginan dalaman mereka dan rasa ingin tahu yang semulajadi.Perkara paling ditakuti: Terperangkap atau dipaksa untuk patuh kepada peraturan tertentuSumber kebahagiaan bagi orang yang mempunyai pola dasar pengembara adalah daripada mengalami perkara baru secara berterusan. Mereka suka melancong ke luar negara dan belajar tentang ilmu teori yang baru, atau mungkin idea falsafah. Walau bagaimanapun, mereka mungkin sukar untuk tinggal menetap dan menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada kerja, atau mengekalkan hubungan jangka panjang dalam hidup dan percintaan mereka.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/5.png
- Pemberontak032421Yang diburu sepanjang hayat: Menterbalikkan semua perkara dan idea lamaBakat: Bercita-cita tinggi, boleh mendapat sokongan daripada orang lainPerkara yang ditakuti: Tidak mempunyai kuasaPola dasar jenis memberontak mahu mengubah dunia dan membetulkan keadaan. Mereka suka mengambil jalan yang tidak biasa dilalui. Walau bagaimanapun, kadangkala mereka boleh mengabaikan perkara yang baik dan adat tradisional untuk mengubah situasi secara paksa. Mereka bersungguh-sungguh berubah dan seringkali kelihatan menawan, jadi amat mudah untuk orang lain cenderung mengikut mereka.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/6.png
- Pencinta413211Yang diburu sepanjang hayat: Bersama dengan orang yang disukainya, berada dalam persekitaran yang mereka sukai, dan melakukan perkara yang mereka sukai.Bakat: bersemangat, rasa syukur, pengendalian yang lancarPerkara paling ditakuti: Tiada sesiapa yang menyayangi merekaOrang jenis pencinta berusaha untuk menjadi seharmoni mungkin dalam semua perkara yang mereka lakukan. Apa yang paling mereka takuti ialah berdepan dan menangani konflik kerana mereka tidak begitu pandai membela diri untuk berdepan dengan musuh dan menyatakan pendapat mereka dengan tegas.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/7.png
- Pencipta241021Yang diburu sepanjang hayat: Mencipta sesuatu yang bernilai kekalBakat: Kreativiti, imaginasiPerkara paling ditakuti: Tidak dapat mencipta karya agung.Pencipta ditakdirkan untuk mencipta perkara-perkara yang baru yang tidak pernah wujud sebelum ini. Mereka tidak suka menerima semuanya secara pasif, tetepi mereka lebih rela mencipta kebahagiaan mereka sendiri. Selalunya mereka adalah pelukis atau pemuzik. Walaupun kerja harian mereka bukan dalam bidang ini, mereka mempunyai bakat dalan seni dan budaya.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/8.png
- Pelawak404110Yang diburu sepanjang hayat: Menerangi semua orang dengan gelak tawaBakat: Sentiasa melihat sisi yang menarik dalam semua perkara.Perkara paling ditakuti: Menjadi bosanOrang jenis pelawak suka terlibat dalam pelbagai parti dan persekitaran yang aktif. Mereka membuat jenaka yang hebat dan nakal dalam kehidupan seharian mereka dan membuat usikan yang tidak berbahaya untuk mengagunkan semua orang. Selain itu, mereka mempunyai jiwa yang mendalam. Mereka suka membuat orang disekeliling mereka gembira, dan mereka pandai mengubah pandangan orang lain melalui kelucuan. Bagi sesetengah orang, sifat luaran mereka yang seperti pelawak hanyalah cangkerang pelindung yang merupakan penyamaran bagi hati mereka yang patah.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/9.png
- Pendeta023323Yang diburu sepanjang hayat: Mengetahui semua perkara dan menolong semua orangBakat: Pintar, rasa ingin tahuPerkara paling ditakuti: Menjadi atau dilayan seperi seorang yang bodoh.Orang jenis pendeta menghargai idea tetapi mereka mudah kecewa apabila mereka mendapati diri mereka tidak mengetahui semuanya tentang dunia. Selalunya mereka adalah pendengar yang baik, dan boleh membuatkan rangka idea orang lain yang kompleks menjadi teori yang mudah. Mereka selalu menasihati orang di sekelilingnya.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/10.png
- Ahli Silap Mata121021Yang diburu sepanjang hayat: Mengetahui makna sebenar alam semestaBakat: Melihat segala-galanya dalam perspektif yang unik, secara senyap mempengaruhi orang lainPerkara paling ditakuti: Berdepan dengan berita burukOrang jenis ahli silap mata adalah berkarisma. Mereka yakin dengan pandangan mereka sendiri tentang dunia dan tidak sabar untuk berkongsi idea mereka dengan orang lain. Mereka sudah tentu akan membawa perkembangan dan inovasi kepada dunia jika mereka mempunyai peluang.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/11.png
- Pemerintah042303Yang diburu sepanjang hayat: Membina keluarga atau kumpulan yang berjayaBakat: Bertanggungjawab, kepimpinanPerkara paling ditakuti: Huru-hara, kehilangan kuasaPemerintah suka mengawal segala-galanya. Mereka tahu semua jalan yang mungkin dan hasil daripada beberapa perkara dalam situasi tertentu. Mereka fikir yang mereka tahu apa yang terbaik bagi orang lain, dan jika orang lain tidak mahu mematuhinya, Pemerintah akan berasa tertekan. Walau bagaimanapun, walaupun orang lain tidak bersetuju dengan pandangan Pemerintah, Pemerintah masih akan terus menyokong keputusan mereka.//areal.me/which-12-archetype-are-you/show/12.png