Apakah jenis alkohol anda?
Minuman beralkohol telah menjadi sebahagian unik dalam sejarah dan budaya diseluruh dunia dan memainkan peranan penting dalam interaksi sosial.
Lokasi, pembangunan industri, politik, ekonomi, dan budaya dari pelbagai negara telah menghasilkan pelbagai jenis minuman beralkohol dan budaya minum. Minuman ini telah mewujudkan watak – liar, berkuasa, halus, menggoda, dan selebihnya pemalu dan manis. Ikuti kuiz ini untuk mengetahui jenis alkohol apakah yang paling sesuai dengan diri anda.
- Bug fixes and enhancements in this quiz - Aug 24, 2018
- Vodka3102441203Vodka adalah minuman keras yang kebiasaanya terdapat dalam koktel dan minuman campuran yang sangat penting di setiap bar. Popularitinya datang dari sifat dimana ia tidak memiliki rasa atau bau dan kebanyakannya jernih. Oleh itu, ramuan yang lain akan menjadi lebih utama dalam sesuatu minuman."Vodka dikaitkan dengan sesumpah kerana boleh digabungkan dengan apa-apa minuman dengan mudah. Oleh itu, vodka tidaklah neutral sepenuhnya dan bilangan besar penyuling sebenarnya banyak meninggalkan rasa. (Cara terbaik untuk merasai sedikit perbezaan ini adalah dengan minum vodka pada suhu bilik.) Secara tradisionalnya, vodka dibuat daripada kentang, jagung atau bijirin, tetapi kini ia diperbuat daripada pelbagai jenis bahan asas eksotik merangkumi anggur, sirap maple dan juga kacang soya. Tidak seperti "scotch" dan "cognacs", yang diperbuat di dalam periuk, vodka kebiasaannya menghasilkan isipadu yang tinggi, secara berterusan. Setelah penyulingan, minuman keras ini ditapis untuk mengasingkan kekotoran yang tertinggal. Arang adalah penapis tradisional, namun begitu, jenama kini telah menggunakan pelbagai bahan lain termasuk berlian. Vodka tidak akan rosak dan boleh dibotolkan serta dijual sebaik sahaja dikeluarkan."//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/1.png
- Sake2104332440Asal usul Sake dapat dikesan kembali pada zaman fermentasi beras yang dibawa dari Cina ke Jepun pada abad ketiga sebelum masihi. Sejak itu, minuman ini telah berkembang menjadi minuman beralkohol yang unik dan canggih dimana telah menjadi budaya yang ketara bagi masyarakat Jepun. Walaupun Sake hanya di bancuh daripada beras, ia menghasilkan pelbagai rasa seperti arak. Terdapat lebih dari 2,700 kilang diseluruh Jepun, dan setiap satunya menggunakan bancuhan beras yang berbeza, Koji (ragi), dan air (sama ada air mata air atau air yang ditapis) dalam kaedah pembancuhan yang unik. Di setiap wilayah pembuatan Sake di Jepun mempunyai perbezaan tersendiri, yang menambah lagi kerumitan dunia Sake.Walaupun negara-negara yang berbahasa Inggeris sering merujuk saké sebagai “arak beras,” namun ia adalah salah. Arak beras diperbuat dari fermentasi beras, manakala arak barat diperbuat daripada fermentasi anggur. Saké diperbuat daripada beras, tetapi melalui proses pembancuhan yang mengubah kanji kepada alkohol, sama seperti cara pembuatan bir.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/2.png
- Wiski1240334342Wiski adalah sejenis minuman beralkohol yag diperbuat daripada fermentasi bijirin lumat. Pelbagai bijirin (kemungkinan malt) digunakan untuk menghasilkan kepelbagaian, termasuk barli, jagung, rai, dan gandum. Wiski kebiasaannya diperam dalam tong kayu, lazimnya diperbuat daripada kayu putih yang hangus. Wiski adalah minuman keras yang dikawal selia di seluruh dunia dengan pelbagai kelas dan jenis. Ciri-ciri persamaan walaupun kelas dan jenis yang berbeza adalah fermentasi bijirin, penyulingan dan peraman dalam tong kayu."Sekiranya anda bukan peminat wiski, anda tentu hairan apakah perbezaan antara "whiskey" dan "whisky", ataupun apakah wiski berbanding "bourbon" atau "scotch". Salah satu penentu antara "whiskey" dan "wisky" adalah tempat penghasilannya. Wiski dari Ireland dan Amerika Syarikat biasanya dieja dengan huruf “e” (whiskey). Wiski dari Scotland, Kanada, Jepun dan negara lain dieja tanpa huruf “e” (whisky). Oleh itu, tatabahasa wilayah adalah penyebab mengapa anda akan melihat "whisky Scotch" tetapi "whiskey Irish" di atas rak. Sebilangan besar penyuling wiski menggabungkan “whiskeys” untuk menunjukkan bahawa mereka merujuk kepada banyak wiski; dimana kebiasaan ejaanya adalah “whiskies”. Perbezaan antara jenis wiski seperti "bourbon", rai atau "scotch" adalah lebih rumit. Seiring dengan negara asal, jenis wiski juga ditentukan oleh bijirin yang digunakan dalam proses penyulingan. Perbezaan bijirin menghasilkan rasa yang berbeza. Gabungan dengan kaedah penyulingan yang pelbagai mengikut wilayah dan pengeluar, dan anda akan dapat kepelbagaian rasa dari manis ke pedas dan dari rasa datar ke kuat dan berasap."//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/3.png
- Champagne4420113140Champagne adalah sejenis arak bersoda dan sejenis minuman beralkohol yang dihasilkan daripada buah anggur yang ditanam di wilayah Champagne di Perancis dengan mengikut peraturan, antara perkara lain, fermentasi sekunder arak dalam botol untuk menghasilkan karbonasi, kaedah tertentu untuk pengebunan anggur, sumber eksklusif anggur daripada bungkusan tertentu dalam memberi nama Champagne dan rejim penekanan khusus yang unik untuk wilayah tersebut. Kebanyakan orang menggunakan istilah Champagne sebagai istilah umum untuk arak bersoda, namun di beberapa negara, haram digunakan untuk melabel produk Champagne melainkan kedua-duanya berasal dari wilayah Champagne dan dihasilkan berdasarkan peraturan pemberian nama.Pada awalnya, anggur “Pinot Noir”, “Pinot Meunier”, dan “Chardonnay” digunakan dalam penghasilan hampir kesemua Champagne, namun begitu, sebilangan kecil daripada “pinot blanc”, “pinot gris”, “arbane” dan “petit meslier” juga diminum. Undang-undang pemberian nama dibenarkan hanya untuk anggur yang ditanam mengikut peraturan pemberian nama di tanah yang khusus untuk digunakan dalam pembuatan champagne. Champagne berkait rapat dengan kerabat diraja pada abad ke-17, ke-18 dan ke-19. Pengilang yang terkenal berusaha untuk mengaitkan Champagne mereka dengan bangsawan dan kerabat diraja melalui iklan dan pembungkusan, dimana meningkatkan populariti mereka dalam kalangan kemunculan masyarakat sederhana.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/4.png
- Syeri2324123203Syeri adalah arak keras yang diperbuat daripada anggur putih yang ditanam berhampiran bandar Jerez de la Frontera di Andalusia, Sepanyol. Syeri dihasilkan dengan pelbagai cara terutamanya dari anggur Palomino, bermula dengan versi ringan serupa dengan arak yang mahal, seperti Manzanilla dan Fino, sehingga versi lebih gelap dan lebih keras yang dibiarkan beroksidasi ketika diperam dalam tong, seperti Amontillado dan Oloroso.Selama bertahun-tahun, syeri merupakan salah satu arak yang paling terikat dengan tradisi, pegun dan tidak diendahkan di dunia, menjadi semakin popular. Sejak kebelakangan ini, generasi baru peminum arak telah menggunakan produk yang diperkaya dengan keistimewaan ini dari pedalaman selatan Sepanyol.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/5.png
- Bir3342124301Bir merupakan salah satu minuman beralkohol yang tertua dan paling banyak digunakan di dunia, dan minuman ketiga paling popular secara keseluruhan selepas air dan the. Bir di bancuh daripada bijian bijirin – kebiasaannya dari barli malt, gandum, jagung, dan beras.Sewaktu proses pembuatan bir, fermentasi gula kanji dalam cecair menghasilkan etanol dan karbonasi dalam bir yang dihasilkan. Sebilangan besar bir moden dibancuh dengan hop, dimana menambahkan lagi kepahitan dan perisa lain dan bertindak sebagai bahan pengawet dan penstabil semulajadi. Unsur perasa lain seperti bijian, herba, atau buah-buahan boleh disertakan atau digunakan bagi menggantikan hop. Dalam pembancuhan bir komersial, kesan karbonasi semulajadi biasanya disingkirkan sewaktu pemprosesan dan digantikan dengan karbonasi secara paksa.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/6.png
- Tequila3104214443Tequila adalah minuman keras daerah dan sejenis minuman beralkohol yang diperbuat dari pokok agave biru, terutamanya di sekitar bandar Tequila, 65km (40 batu) barat laut Guadalajara, dan di tanah tinggi (Los Altos) barat tengah negeri Jalisco di Mexico. Tequila biasanya dihidangkan dengan teratur di Mexico dan sebagai satu tegukan yang bercampur dengan garam dan limau di seluruh pelosok dunia.Tequila mengandungi alkohol (yang dikenali secara rasmi sebagai etanol) dan kebiasaannya dibuat pada 38% kandungan alkohol (bukti 76 A.S) untuk kegunaan domestik, tetapi boleh dihasilkan antara 31 sehingga 55% kandungan alkohol (bukti 62 dan 110 A.S).//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/7.png
- Aniset/Anis2420342103Aniset, atau Anis adalah minuman yang berperisa Anis yang selalu digunakan di negara-negara mediterania, terutamanya di Sepanyol. Itali, Portugal, Turki, Yunani, Lebanon, Siprus, Israel, dan Perancis. Aniset tidak berwarna kerana mengandungi gula, lebih manis daripada minuman keras anis kering (cth: absinthe). Cara pembuatan aniset yang paling tradisional adalah ia dihasilkan dengan penyulingan anise, berbeza dari penghasilan oleh maserasi mudah dengan merangkumi perkataan disuling pada label.Minuman keras selalunya tidak diambil secara langsung kerana rasanya yang kuat. Apabila ditambah kedalam campuran minuman, ia menghasilkan rasa manis yang menyenangkan. Ia biasa dicampurkan dengan air, dimana ia menghasilkan warna putih susu. Campuran itu dipanggil “palomita” oleh negara berbahasa Sepanyol. Pada masa yang sama, semua minuman keras direndam dalam air sejuk. Walaupun diisikan ke dalam botol dengan pantas juga tidak dapat memperoleh hasil yang sama. Cecair yang sangat putih membuktikan bahawa aniset yang baik telah digunakan.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/8.png
- Ais Wain4420321241Ais Wain adalah sejenis arak pencuci mulut yang diperbuat daripada anggur beku ketika masih lagi di atas pokok. Gula dan pepejal terlarut tidak membeku, tetapi airnya memembeku, sehingga menyebabkan jus anggur lebih pekat dapat dihasilkan. Semua anggur harus diperah dari anggur beku, untuk menghasilkan sejumlah kecil arak yang lebih pekat dan sangat manis. Untuk ais wain, pembekuan berlaku sebelum fermentasi, bukan selepasnya.Penghasilan ais wain sangat berisiko (tidak berais sama sekali sebelum anggur rosak atau hilang) dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk memetik kesemua tanaman dalam masa beberapa jam, sementara itu, pada pagi pertama yang sangat sejuk. Oleh itu, ais wain yang dihasilkan diseluruh dunia sangat terhad, menjadikan harga ais wain agak mahal.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/9.png
- Port Wine4242032301Port wain adalah arak Portugis yang diperkaya telah dihasilkan secara eksklusif di Lembah Douro di wilayah utara Portugal. Ia biasanya manis, arak merah dan sering dihidangkan sebagai arak pencuci mulut, walau ia juga boleh didapati dalam pilihan kering, separa kering dan putih.Arak yang diperkaya dihasilkan dengan menambah sebilangan anggur keras, atau brendi, kedalam arak pada suatu masa, sewaktu proses penghasilannya. Boleh dikatakan bahawa Port adalah arak yang terbaik dan ekspresi agungnya, Vintage Port, berada dikedudukan setaraf Bordeaux atau Burgundy sebagai salah satu arak ikonik yang terbaik di dunia.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/10.png
- Gin2304113304Gin adalah minuman keras yang memperoleh rasa yang dominan daripada beri juniper (Juniperus communis.) Gin adalah satu minuman keras berkategori luas, pelbagai asal-usul, cara, dan profil rasa yang bergerak sekitar juniper sebagai bahan asas.Gin telah menjadi minuman pilihan bagi negarawan, tentera, bangsawan dan marhaen. Ia mepunyai sejarah yang menarik dan dramatik, yang menyaingi alkohol lain. Tidak lupa juga, minuman keras ini sekali lagi menjadi kegemaran pembuat minuman seluruh dunia.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/11.png
- Brendi1420334103Brendi adalah minuman keras yang diperbuat oleh arak yang disuling. Brendi umumnya mengandungi 35-36% kandungan alkohol mengikut isipadu (bukti 70-120 A.S) dan selalunya diminum sebagai agen pencernaan selepas makan. Sebilangan brendi diperam dalam tong kayu, selebihnya diwarnai dengan pewarna karamel sebagai kesan peram tiruan, dan ada juga yang dihasilkan dengan kombinasi kaedah peram dan pewarna. Banyak arak jenis brendi boleh didapati diseluruh dunia pembuatan arak. Antara yang terkenal adalah Cognac dan Armagnac dari barat daya Perancis.Istilah “brendi” juga menunjukkan minuman keras yang diperoleh dari arak buah-buahan lain. Epal, ceri, plum, pir dan pic telah disuling menjadi brendi buah atau “eaux de vie”. Brendi Pomace – dihasilkan dengan menggunakan anggur bersama batangnya, kulitnya dan bijinya – juga sangat lazim. Brendi juga umumnya dinilai berdasarkan peringkat usia, tetapi penilaiannya berbeza di setiap negara (lazimnya tidak terkawal di Amerika Syarikat).//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/12.png
- Rum3142042242Rum adalah minuman beralkohol disuling yang diperbuat daripada hasil produk tebu, seperti molase atau madu, atau terus dari jus tebu, melalui process fermentasi dan penyulingan. Cecair jernih daripada hasil penyulingan, biasanya diperam didalam tong kayu oak. Sebilangan besar pengeluaran rum didunia berlaku di Caribbean dan Amerika Latin. Rum juga dihasilkan di Scotland, Austria, Sepanyol, Australia, New Zealand, Fiji, Filipina, Pulau Reunion, Mauritius, Afrika Selatan, Taiwan, Thailand, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, India, dan Nepal.Terdapat pelbagai tahap untuk rum dihasilkan. Rum ringan selalunya digunakan dalam koktel, sedangkan rum “keemasan” dan “gelap” biasa digunakan terus atau secara teratur, dihidangkan bersahaja, atau dipakai dalam masakan, tetapi kini biasanya digunakan dalam minuman campuran. Terdapat juga rum premium, boleh diminum terus atau bersama ais.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/13.png
- Koktel2304143441Secara khususnya, koktel bermaksud minuman yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga rasa, salah satunya adalah alkohol. Lebih terperinci lagi, ia mesti mengandungi alkohol, gula dan rasa pahit/sitrus. Apabila minuman campuran hanya mengandungi minuman keras dan campuran, seperti soda atau jus buah, ia adalah air alkohol bersoda (“highball”); kebanyakan Persatuan Koktel Rasmi Pelayan Bar Antarabangsa adalah “highball”. Apabila minuman campuran hanya mengandungi minuman keras dan arak, ia adalah “duo” dan jika ditambah dengan bahan campuran, ia adalah “trio”. Ramuan tambahan lain adalah gula, madu, susu, krim dan pelbagai herba.Koktel adalah seni, salah satu ungkapan yang hebat oleh kreativiti manusia dapat dihasilkan dalam dunia minuman keras, arak dan jus.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/14.png
- Huangjiu4200331304Oleh kerana tiada istilah sesuai dalam Bahasa Inggeris yang dapat menterjemahkan arak kuning, ia adalah sejenis minuman beralkohol yang diperbuat daripada air, bijian bijirin seperti beras, sorgum, millet atau gandum, dan permulaan budaya jiuqu. Tidak seperti baijiu, ia tidak disuling dan mengandungi alkohol kurang daripada 20%. Huangjiu biasanya dipasteurisasi, diperam, dan ditapis sebelum proses pembotolan terakhir untuk dijual kepada pengguna. Beberapa cara adalah diperam selama 20 tahun dan dijual sebagai produk premium. Kepelbagaian cara huangjiu menyebabkan perbezaan warna daripada jernih hingga kuning air, coklat kekuningan, atau coklat kemerahan. Kebanyakan jenama Huangjiu yang terkenal kerana kualiti air yang digunakan sewaktu proses bancuhan, dan dianggap sebagai ramuan yang penting.Huangjiu boleh diminum terus selepas disejukkan atau dipanaskan, ataupun digunakan dalam masakan cina. Pengeluar huangjiu terbesar termasuklah di tanah besar Cina dan Taiwan.//areal.me/what-wine-are-you-quiz/show/15.png
Lagi Seperti Ini

