Adiwira MARVEL Yang Manakah Anda? (Kuiz Watak Marvel yang manakah mewakili anda)
Kuiz Watak Marvel yang manakah mewakili anda
Ujian ini akan menunjukkan adiwira Marvel yang manakah paling mirip dengan anda.
Diharap anda sedia maklum: Ujian ini hanya menunjukkan potensi anda untuk menjadi adiwira, dan anda tidak akan mendapat sebarang kuasa hebat!
R.I.P. Stan Lee (1922 - 2018)
- Telah memperbaiki kesilapan gambar Quicksilver (sepatutnya berada dalam X-Men) - 26 Jun 2016
- Menambah 10 lagi adiwira kepada kuiz ini - 2 Ogos 2016
- Captain America21112012Hampir sama dengan Captain America, anda juga seorang yang nostalgik dan malah sedikit degil. Tidak kira apapun yang anda hilang di masa lalu, sila terus meletakkan harapan pada masa depan!Pada awal Perang Dunia Kedua, eksperimen rahsia ketenteraan menukar Steve Rogers menjadi askar super Amerika yang pertama: Captain America. Semasa peperangan berlaku, Captain America menjadi simbol kebebasan dan operasi khas yang paling berkesan. Pada hari-hari akhir peperangan, Captain America hilang dalam letupan di Atlantik Utara dan dianggap telah mati. Berdekad-dekad kemudian, tubuhnya ditemui terperangkap di dalam ais, diawet dalam keadaan perkembangannya terhenti. Setelah dihidupkan kembali, Captain America menyertai pasukan Avengers dan sekali lagi menyertai pertarungan adiwira menentang kejahatan.//areal.me/which-marvel-character-are-you/show/3.png
- Hulk02000000Saya tidak dapat mengagak yang mana satu yang lebih sama anda—Hulk atau Bruce Banner? Mungkin kedua-duanya. Tetapi jangan bimbang, mereka hidup dengan harmoni bersama dalam badan anda. Hanya ingat untuk mengawal emosi anda!Bruce Banner bekerja sebagai saintis dalam projek bom gamma apabila dia dengan berani telah menyelamatkan seorang anak muda daripada pendedahan kepada letupan nuklear. Malangnya, pendedehan kepada radiasi gamma mengubah struktur sel Banner, menyebabkannya bertukar kepada raksasa hijau yang mengamuk (dikenali sebagai Hulk) apabila dia berasa marah. Selama bertahun-tahun, Hulk bertindak sebagai adiwira, penjahat, atau sebagai kuasa pemusnah bergantung kepada keadaan mindanya. Mengharungi semua itu, Banner meneruskan pencarian penawar yang boleh mengakhiri amukan yang membawa mautnya itu.//areal.me/which-marvel-character-are-you/show/4.png
- Spider Man10100120Sama seperti Spider Man, anda selalu mengusutkan diri anda. Anda akan menjadi tidak terkalahkan jika anda dapat menguasai keraguan terhadap diri sendiri!Apabila digigit oleh labah-labah radioaktif, pelajar sekolah tinggi Peter Parker mendapat kuasa dan deria seperti labah-labah, termasuk ketangkasan, kebolehan memanjat dinding, dan kebolehan untuk mengesan bahaya (dia memangginya “spider-sense”). Apabila Peter mengetahui bahawa pakcik kesayangannya Uncle Ben telah dibunuh oleh pencuri yang dia sendiri telah lepaskan, dia menyedari bahawa dengan kuasa barunya juga datang bersama tanggungjawab untuk menggunakannya ke arah kebaikan. Sejak hari itu, Spider Man telah menentang penjenayah dan penjahat dengan kuasa luar biasa sambil menahan rentetan tekanan negatif, kehilangan demi kehilangan, dan krisis keyakinan yang kadangkala hadir. Entah bagaimana dia mampu untuk mengekalkan sikap positif, dan jarang ketandusan idea untuk bergurau semasa menentang penjahat.//areal.me/which-marvel-character-are-you/show/1.png
- Thor22021010Dipilih oleh Thor, anda kadangkala terputus hubungan serupa sepertinya. Realiti adalah berbeza dari yang anda jangkakan, tetapi ia tidak begitu memberi kesan kepada anda kerana anda mampu untuk mengatasi apa jua keadaan.Thor ialah seorang dewa kilat bagi orang Norse dan anak lelaki Dewa Odin, pemerintah Asgard. Dia menggunakan kuasa tukul mistik Mjolnir, yang membenarkannya untuk terbang dan menembak panahan petir. Thor adalah ahli yang menerajui Avengers dan sering bertarung sebagai salah seorang ahlinya. Ada ketika, Thor menggunakan identiti rahsia sebagai Donald Blake untuk bergaul dalam kalangan manusia, tetapi dia sentiasa akan kembali ke dewan Asgard untuk minum bersama rakan dewanya yang lain.//areal.me/which-marvel-character-are-you/show/6.png
- Iron Man22221222Seperti Iron Man, anda juga sangat pintar dan mungkin membesar dalam keluarga yang ternama. Sebagai tambahan, anda juga seorang yang menarik. Apa lagi yang saya dapat katakan, bertuahnya anda!Semasa lawatan ke Teluk Parsi untuk menunjukkan senjata keluaran Stark Industries yang terbaru, Tony Stark telah ditangkap oleh musuh dan dipaksa untuk membina senjata super yang baru. Instead (dengan bantuan ahli fiziknya yang terkenal dan rakan sepenjaranya Ho Yinsen), Stark mencipta versi pertama yang kini terkenal; perisai perang yang dikuasakan. Dia akhirnya berjaya melepaskan diri daripa kurungan, walaupun Yinsen menukarkan nyawanya untuk memberi masa kepada Stark untuk menghidupkan perisainya.Sejak hari itu, Stark mempunyai dua kehidupan: satu sebagai seorang kaki perempuan yang menguruskan Stark Industries, dan satu lagi ialah sebagai penerbang keemasan Avenger yang dikenali sebagai Iron Man!//areal.me/which-marvel-character-are-you/show/2.png
- Rocket Raccoon11501511Anda selalunya agak berlainan daripada yang lain, dengan lawak jenaka dan keyakinan diri yang kuat. Anda seorang yang baik dalam kehidupan harian tetapi sebaik saja anda merasakan yang anda diserang, seseorang pasti akan cedera. Betapa teruk dan comelnya anda ini!Rocket Raccoon ialah pengembara angkasa yang mana walaupun berciri kecil dan comel, tersembunyi keberanian yang tiada tara anda jiwa yang setia. Dia berasal daripada planet aneh bernama Halfworld, yang dihuni oleh pelbagai jenis haiwan. Rocket menggunakan minda yang pintar dalam taktik, kemahiran menembaknya yang cemerlang, dan senjata yang besar menentang pelbagai jenis ancaman daripada makhluk dari pelbagai bintang. Dia sering bekerja dengan—dan kadangkala mengetuai— Guardians of the Galaxy dalam melindungi pelbagai dunia yang berada dalam bahaya. Beberapa rakannya fikir yang Rocket mungkin ada OCD, tetapi apakah jenis rakun yang tidak mencuci tangannya berkali-kali dalam sehari?//areal.me/marvel-heroes/show/6.png
- Storm22101121Anda kelihatan biasa dalam kehidupan harian, tetapi hanya mereka yang benar-benar mengenali anda akan tahu yang anda seperti Ororo Munroe, anda menjadi pusat kepada ribut. Perubahan emosi anda akan juga merubah cuaca disekeliling anda dan memberi kesan kepada orang-orang yang rapat dengan anda.Dalam kitaran hidupnya, Ororo Munroe telah dilatih sebagai pencuri juvenil, dipuja sebagai dewi, dan dibenci sebagai mutan. Sejak Charles Xavier menyenaraikan dirinya untuk menyertai X-Men, Storm telah berubah menjadi pahlawan dan juga sebagai pemimpin. Kawalannya terhadap cuaca telah menjadi sangat baik melalui latihan berterusan dan pertarungan yang banyak, dan senjata kuasa elementalnya, daripada panahan petir yang memecahkan kepada angin dingin yang membeku, menjadikannya kuasa alam semulajadi yang digeruni dan dihormati.//areal.me/marvel-heroes/show/50.png
- Wolverine21000011Seperti Wolverine, anda mempunyai banyak aspek dalam personaliti anda. Anda terus menerus mencuba untuk mengawal emosi anda, tetapi kadangkala gaga;. Di sebalik dinding yang anda bina ialah kesetiaan dan kejujuran hati anda.Logan telah pun menjalani kehidupan yang panjang dan ganas apabila dia diculik daripada pasukan black ops oleh eksperimen rahsia kerajaan yang dipanggil Weapon X. Dalam makmal berteknologi tinggi jauh di Gunung Canadian Rocky, saintis menanam logam adamantium yang tidak dapat dimusnahkan ke dalam tulang Logan, bersandarkan kepada faktor pemulihan mutannya untuk mengelakkan dia terbunuh akibat eksperimen itu. Walau bagaimanapun, Logan melarikan diri daripada program Weapon X, dan setelah lama mendapat perhatian Profesor Charles Xavier, yang merekrutnya sebagai ahli pasukan X-Men sebagai Wolverine. Walaupun mendapat tentangan daripada mereka yang melihatnya sebagai pembawa masalah, Xavier dapat melihat sifat mulia dalam diri Logan. Wolverine bertarung secara berterusan untuk mengekalkan sisi gasar dalam dirinya terkawal, tetapi tidak kira betapa sukar sekalipun dia mencuba, ia hanya menunggu masa sebelum dia mengeluarkan cakarnya dan mula bekerja.//areal.me/marvel-heroes/show/51.png
- Black Widow21202122Anda seorang yang misteri. Tiada seorang pun yang dapat mengetahui disebalik penampilan gagah anda, terdapat sesuatu yang sangat sensitif dan mudah tersentuh jauh di sudut hati anda.Natasha Romanoff adalah seorang warga Soviet yang muda semasa pemerintahnya memilih untuk melatihnya menjadi pengintip. Semasa dia berada dalam Akademi Red Room yang terkenal, dia menjadi pengintip pakar yang dikenali sebagai Black Widow. Pada awal kerjayanya, Black Widow bertembung dengan Iron Man, tetapi kesetiaannya terhadap negaranya berkurangan dan akhirnya menukar haluannya dan menyertai S.H.I.E.L.D. Dia kemudiannya menyertai Avengers, dan telah berkhidmat dengan cemerlang dalam pasukan itu berkali-kali.//areal.me/which-marvel-character-are-you/show/22.png
- Ghost Rider10101011Anda telah berperang dengan diri sendiri selama bertahun-tahun dan tidak pernah memaafkan diri anda. Sentiasa menginginkan kesempurnaan hanya mendatangkan kesakitan kepada anda namun anda masih mengharapkan penerimaan.Dibesarkan dalam sebuah karnival oleh pelakon-pelakon lagak aksi, Johnny Blaze dilahirkan untuk menunggang. Apabila mentornya memberitahu yang dia menghidap kanser, Blaze membuat perjanjian dengan iblis Mephisto untuk menyelamatkan nyawa lelaki itu. Kontrak neraka Blaze mengikat rohnya kepada iblis Zarathos dan menyumpahnya untuk menjadi Ghost Rider, satu Roh yang Berdendam yang menunggang motosikal di waktu malam dan menghukum penjahat. Disepanjang tahun-tahun kehidupannya, Blaze mendapati dirinya bertarung dengan kejahatan dalamannya hampir sama banyak dengan musuh-musuh luar biasanya yang tidak terhitung banyaknya.//areal.me/marvel-heroes/show/10.png
- Hawkeye11002211Anda seorang pasangnan yang ideal —jujur dan ikhlas. Anda juga seorang yang tahu matlamatnya dan akan lakukan apa saja untuk mencapainya.Diinspirasikan oleh tindakan keperwiraan Iron Man, pemanah sirkus Clint Barton mengambil keputusan untuk memakai kostum dan menentang jenayah sebagai adiwira Hawkeye. Pada mulanya dia disalah anggap sebagai penjenayah, tetapi Barton akhirnya mendapat kepercayaan Avengers dan telah berkhidmat dalam pasukan itu dengan cemerlang berkali-kali. Sebagai tambahan kepada panahannya yang tepat, Hawkeye bergantung kepada tabung anak panah yang penuh dengan anak panah gajet yang mempunyai helah berteknologi tinggi. Walaupun tanpa anak panahnya, dia seorang pejuang yang sukar dikalahkan hasil latihan selama berjam-jam dengan Captain America. Sifat sarkastiknya kadangkala menjengkelkan rakan-rakan seperjuangannya, tetapi Hawkeye kekal menjadi ahli Avengers paling setia dan berdedikasi dalam sejarah pasukan itu.//areal.me/which-marvel-character-are-you/show/14.png
- Quicksilver20110110Anda tidak suka bergerak perlahan, sentiada menyiapkan tugasan dengan cara yang paling cekap dan sentiasa bersedia untuk bertindak! Hanya berhati-hati supaya tidak tergesa-gesa sepanjang masa.Quicksilver pertama kali muncul bersama saudara kembarnya, Scarlet Witch (Wanda Maximoff), sebagai sebahagian daripada Persaudaraan Mutan Jahat. Adaik beradik mutan ini, dengan Pietro memiliki kelajuan luar biasa dan Wanda mampu untuk mengawal kebarangkalian. Pasangan ini direkrut oleh ayah mereka Magneto selepas dia menyelamatkan Wanda daripada perompak selepas dia secara tidak sengaja menyebabkan sebuah rumah meletup dalam kebakaran. Quicksilver tinggal bersamanya untuk melindunginya, tetapi selepas beberapa konfrantasi dengan X-Men, mereka berpisah apabila Magneto dan konco-konconya serta Toad telah diculik oleh entiti kosmik The Stranger. Mereka kembali ke Eropah di mana Pietro dan saudara perempuannya berubah dan direkrut oleh Iron Man ke dalam pasukan Avengers selepas menemui iklan pengambilan ahli baru dan mahu mendapat sokongan untuk diri mereka sendiri.//areal.me/marvel-heroes/show/12.png
- Charles Xavier (Prof. X)12222222Anda seorang yang tenang dan baik dalam kawalan kendiri, seseorang yang mempunyai wawasan yang hebat. Seorang ahli pasukan yang boleh diharapkan dan pemimpin yang berwibawa.Profesor X adalah pengasas pasukan X-Men. Xavier ialah seorang ahli sub-spesies manusia yang dikenali sebagai mutan yang dilahirkankan dengan kebolehan luar biasa. Dia sendiri ialah seorang telepat yang sangat berkuasa yang boleh membaca dan mengawal minda orang lain. Dia mampu untuk berhubung dengan manusia biasa dan mutan yang lain di dunia. Dia juga seorang kebolehan psikik luar biasa yang mampu untuk membunuh semua orang di dunia ini dengan bantuan alat berbentuk sfera yang besar..//areal.me/marvel-heroes/show/70.png
- Magneto Erik Lehnsherr22202120Anda mempunyai pandangan unik terhadap sesuatu, dan tidak mudah untuk dipujuk. Anda seorang yang tetap pendirian. Dalam dunia yang sentiasa berubah ini, itulah ciri yang membuatkan anda menonjol.Magneto boleh mengawal medan magnet Bumi. Dulunya dia ialah sahabat baik Professor X, disebabkan manusia, mereka membawa haluan yang berbeza dan berpisah daripada Profesor X. Dalam garis masa yang tidak diubah, dia menemui Persaudaraan Mutan, Professor X menjadi musuh. Kerana layanan manusia yang buruk hingga menyebabkan kehilangan insan tersayang, kebencian Magneto semakin mendalam terhadap manusia. Halangan berterusan dilakukan oleh X-Men, pasukan adiwira Avengers dan lain-lain musuh. “X-Men Reversing the future” garis masa dibalikkan, dia dan Profesor X secara beransur-ansur diterima oleh tren falsafah yang lain.//areal.me/marvel-heroes/show/71.png
- Mystique Raven Darkholme01101021Disebalik kedinginan dan kepahitan dalam sikap anda, anda seorang yang setia kepada si dia, seseorang yang sanggup untuk memberikan apa saja untuk menjaga anda. Satu nasihat untuk anda, ingat had kemampuan anda.Mystique Raven Darkholme ialah saudara perempuan Profesor X. Dia bolah mengubah struktur sel dan tisu badannya mengikut kemahuannya. Dia boleh berubah menjadi sesiapa saja, termasuk anak mata, cap jari, tekstur kulit, suara malah jantina; tekstrur pakaian juga boleh ditiru termasuk cermin mata.//areal.me/marvel-heroes/show/72.png
- Beast Hank McCoy01515511Anda mempunyai sesuatu yang istimewa, anda peka dan bijak, dan tahu pada waktu bila untuk menampilkan penyamaran anda. Terdapat perkara yang anda tidak suka tentang diri anda, tapi ingat, tiada siapa yang sempurna. Ikut kata hati anda dan belajar untuk mengenali diri sendiri, hargai orang dan perkara yang datang dalam hidup anda.Beast Hank McCoy, dilahirkan dengan binatang yang sama mempunyai pelbagai deria dan badan yang kuat, juga salah seorang yang paling bijak di planet Bumi.//areal.me/marvel-heroes/show/73.png
- Colossus Piotr Rasputin01001511Anda suka merendah diri, tetapi itu tidak bermakna anda tidak menonjol. Anda seorang yang serius dalam apa jua yang anda lakukan, dan bijak dalam membuat pilihan.Colossus Piotr Rasputin hampir boleh menukar tubuhnya ke dalam besi logam seperti penyusunan material pada saat dia mendapat kuasa Superman. Dia seorang penahan rintang berdarjah tinggi kepada serangan dan mempunyai kelebihan mutan. Apabila dia berubah bentuk, dia tidak perlu bernafas tetapi dia juga tidak dapat bertahan lama dalam keadaan vakum. Perisainya menembusi lintasan dan bentuk untuk mempunyai daya tahan terhadap kepelbagaian suhu melampau. Dia bebas mengawal bentuk perubahan , dan untuk masa yang panjang, dapat mengekalkan bentuk transformasi, tetapi tidak boleh secara separuh atau memlih diperisaikan.//areal.me/marvel-heroes/show/74.png
- Angel Warren Kenneth Worthington III20050001Anda tidak suka menonjol, anda suka bergaul. Anda seorang bangsawan sama seperti Angel, yang mempertaruhkan semua yang dibina oleh keluarganya untuk membantu orang lain keluar dari penderitaan. Anda suka memberi, dan membantu mereka yang memerlukan.Angel, nama sebenarnya Warren Kenneth Worthington III. Dilahirkan dalam keluarga yang kaya di New York, kekayaannya adalah daripada keluarganya. Worthington Industry ialah salah satu daripada Fortune 500. Sebagai variasi manusia dan X-Men X, Worthington melaburkan banyak wang kepada X-Men X dan variasi tisu manusia. Selepas itu dia bertukar menjadi seorang malaikat.//areal.me/marvel-heroes/show/75.png
- Deadpool Wade Wilson02201221Anda adalah definisi kepada KEGILAAN, tidak dapat dijangka adalah tagline anda. Tetapi anda berfungsi mengikut cara anda sendiri. Anda sangat teliti dengan butiran, dan anda dapat mengesan walau sedikitpun variasi.Deadpool Wade Wilson. Kerana ingin mendapatkan rawatan bagi penyakitnya yang tiada penawar, dia ditipu dan terlibat dalam eksperimen untuk menguji genetik mutan. Dalam Eksperimen itu, dia mendapat kebolehan untuk menjana semula sel badannya dan kansernya telah sembuh. Tetapi proses itu telah menyebabkan wajah dan tubuhnya cacat dan mengalami gangguan mental. Selepas dia menjadi “Deadpool” dia merancang untuk membunuh Ajax untuk membalas dendam. Dia seorang yang suka bercakap tanpa henti, tetapi juga mempunyai kebolehan untuk membunuh. Satu kebolehan yang sangat jarang dalm alam Marvel.//areal.me/marvel-heroes/show/76.png
- White Queen Emma Frost21215121Anda hebat dalam mengetahui dan menggunakan kekuatan dan kelebihan anda ke tahap yang paling tinggi. Anda mampu mendapat manfaat yang banyak dalam setiap situasi. Anda terdorong, terkawal dan fokus, dan juga sangat bijak.White Queen Emma Frost dilahirkan dalam keluarga yang kaya di Boston, tetapi kehidupan keluarganya bukan dalam suasana yang gembira. Bapanya seorang ahli perniagaan diktator yang tidak mempedulikannya, manakala ibunya menyalahgunakan ubat psikotropik akibat tekanan keluarga. Kuasanya ialah telepati dan membentuk berlian, selepas menyertai pasukan X-Men X.//areal.me/marvel-heroes/show/77.png
- Phoenix Jean Grey22211112Anda seorang yang didorong oleh gerak hati, bersemangat dan berani. Seseorang yang sanggup untuk mengakui dan memperbaiki kesalahan anda.Phoenix Jean Grey, salah seorang ahli X-Men X yang hanya ada lima mutan. Tubuhnya mempunyai kuasa alam Phoenix yang terkuat. Dia boleh membaca kekuatan kesedaran orang lain, dan boleh memanipusi sebarang bahan. Dia mampu untuk membina medan daya, boleh terbang dan merangsang molekul haba untuk menghasilkan gelombang tekanan dengan cepat. Apabila kuasa spiritualnya bangkit sepenuhnya, kuasa dewa telah hadir kepadanya, dan kekuatannya hampir tiada had.//areal.me/marvel-heroes/show/78.png
- Cyclops Scott Summers15115111Seperti Scott, anda seorang pemimpin secara semulajadi. Anda mempunyai akal dan pandangan untuk merancang lebih awal, tetapi ini mungkin memberi persepsi terhadap sikap anda seolah-olah jauh dan dingin.Cyclops Scott Summers dilahirkan dengan kebolehan memancarkan gelombang tekanan haba merah melalui matanya. Dia mempunyai sifat kepimpinan yang sangat cemerlang, telah lama berkhidmat sebagai ketua pasukan X-Men. Mengambil alih pengurusan pasukan selepas Professor X menjadi dekan Universiti X, dan menjadi ketua kepada semua variasi manusia.//areal.me/marvel-heroes/show/79.png
- Iceman Bobby Drake12011151Anda seorang yang suka mencari keterujaan dengan hati yang baik. Dengan lebih disiplin dan kawalan diri, anda boleh menjadi seorang yang tenang dan rasional.Iceman Bobby Drake mampu untuk menghasilkan suhu yang rendah -105 darjah Fahrenheit (-76 darjah Celsius (℃)) dalammasa beberapa saat. Dia dengan bebas dapat menurunkan suhu dalaman dan luaran tubuh badannya dan tidak akan memudaratkan kepada dirinya. Dia juga boleh menggunakan ais untuk melitupi penampilan fizikalnnya, untuk meningkatkan kekuatan pertahanan. Dia boleh membeku sekelilingnya, kelembapan udara dan boleh membentuk objek mudah seperti gelungsur, tangga, perisai, dan lain-lain.//areal.me/marvel-heroes/show/80.png
- Havok Alex Summers11015101Anda seorang yang simple, dan comel, tetapi ingat untuk berfikir sebelum bertindak.Havok Alex Summers. Dia boleh menyerap tenaga kosmik disekeliling melalui tubuh badannya untuk ditukarkan kepada gelombang kejutan dibebaskan, tetapi dengan kepanasan haba pada udara disekeliling, atau tenaga menjadi bentuk plasma, dalam bentuk bulatan yang bertumpu, untuk menghasilkan daya pemusnah yang sangat teruk. Dia imun kepada kebanyakan bentuk radiasi dan haba, dan dia boleh mengeluarkan tenaga daripada seluruh bahagian anggota badannya tetapi biasanya dilepaskan melalui tangannya.//areal.me/marvel-heroes/show/81.png
- Nightcrawler Kurt Wagner001040092Anda seorang yang penakut dan pendiam. Seseorang yang mengambil berat dan penyayang.Nightcrawler Kurt Wagner. Dia ialah anak kepada Mystique dan Azazel, dilahirkan di Jerman dan seorang mutan. Tangan dan kakinya boleh melekat pada sebarang permukaan legap, sangat pantas, bagus dalan fencing, mempunyai kebolehan untuk menteleportasi dirinya sendiri dan orang lain. Kerana dia mempunyai kulit berwarna biru, cuping telinga yang tajam, taring dan ekor yang tajam, manusia biasa menganggapnya sebagai iblis. Manusia sering menyerangnya. Kemudian, dia datang ke Amerika Syarikat dan tidak sengaja bertemu dengan Professor X, dan dijemput untuk menyertai X-Men.//areal.me/marvel-heroes/show/82.png
- Shadowcat Kitty Pryde10104101Anda seorang yang bijak dan pantas bertindak. Dalam masa yang sama, anda seorang yang mudah bergaul dan rakan yang hebat.Nama sebenar Shadowcat ialah Kitty Pryde. Dia mempunyai kebolehan untuk menukarkan dirinya menjadi komposisi atomik dan menembusi semua halangan. Dalam “X-Men and reversal of the future”, Katie dengan kebolehannya pada ingatan Wolverine telah dihantar ke masa lalu, untuk menyelamatkan variasinya daripada kepupusan.//areal.me/marvel-heroes/show/83.png
Lagi Seperti Ini